Tuesday, May 10, 2011

...sebelum ajal datang menjemput..

Berdasarkan pembacaan ( dari kajian2 yang telah dilakukan) dan pemerhatian yang sy buat, sy telah membuat satu rumusan perihal perbezaaan antara orang yang solat dengan orang yang meninggalkan solat. Solat merupakan perkara wajib untuk setiap umat Islam. Solat inilah yang membezakan islam dengan agama yang lain.

Orang yang solat (walaupun tidak diketahui sama ada solatnya diterima Allah atau tidak kerana Allah yang Maha Mengetahui)


  1. kekuatan mental lebih kuat

  2. wajahnya lebih tenang ketika dilanda musibah

  3. menjaga perilaku

  4. mempunyai ramai kawan

  5. penyabar

  6. lebih banyak berfikir dari berbicara

  7. murah dengan senyuman

  8. suka bersedekah

  9. pandai mengatur masa

  10. pembersih

Orang yang meninggalkan solat tanpa sebarang keuzuran



  1. kekuatan mental lemah tetapi tidak mengakuinya

  2. wajahnya sering resah

  3. perilaku lebih liar

  4. kurang teman/sahabat

  5. kurang penyabar/ mudah melenting

  6. banyak berbicara

  7. sukar bersedekah

  8. tidak pandai mengatur masa

  9. kurang pembersih

Islam itu sempurna. Sempurnakan lah hari2mu dengan tuntutan agama sebelum ajal datang menjemput.

No comments: